12 Aug 2009 12:06PM
JAKARTA: Polis hari ini mengesahkan pengganas yang terbunuh dalam serbuan di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah minggu lalu bukan Noordin Mat Top.
Pengarah Bahagian Perubatan Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Eddy Saparwoko pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, ujian DNA yang dibuat mendapati lelaki itu ialah Ibrahim.
Ibrahim merupakan perancang serangan bom berani mati di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di Mega Kuningan, Jakarta Selatan pada 17 Julai lalu.
2 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan