KUALA LUMPUR 17 Ogos — Polis telah menahan 15 lelaki dari dua kumpulan samseng yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Wawasan, Batang Kali, kira-kira 65km dari sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi tadi, sekumpulan lelaki bersenjatakan rotan dan topi keledar telah menyerang sekumpulan lagi yang sedang menikmati jamuan di rumah tersebut.
Pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera di kepala dan muka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata polis yang menerima panggilan mengenai pergaduhan itu bergegas ke tempat kejadian dan menahan kesemua lelaki yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu.
Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, katanya.
- Bernama
Krisis Istana: Tak Mahu Caro, Diam Juga Nasihat? -Nik Aziz
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan