BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Isnin, 6 Julai 2009

pakat tetap utuh, kata anwar


PULAU PINANG, 6 Julai: Datuk Seri Anwar yakin, hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) masih lagi erat. Tiada perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas satu pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Sekiranya kita menghadapi masalah dan konflik akibat daripada perbezaan polisi maka akan terdapat kemungkinan sebuah ikatan itu retak. Namun begitu dalam isu yang berkaitan sepertimana yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang adalah isu kecil. PR masih lagi utuh.

"Dakwaan wujudnya keretakan hubungan antara tiga parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP berikutan masalah pusat penyembelihan babi di negeri Kedah dan juga isu pelucutan jawatan wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah tidak tepat sama sekali.

"Isu kecil seperti ini tidak mampu untuk meretakkan hubungan dalam PR. Masalah ini adalah lebih kecil jika mahu dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam MCA, MIC dan PPP," kata Anwar.

Azizan pula dalam kenyataannya berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa cadangan mengenai tapak lokasi pusat penyembelihan babi tersebut.

Ia akan menggantikan pusat penyembelihan babi yang ada dalam jangkamasa terdekat sekiranya lokasi baru yang telah dicadangkan itu diluluskan pihak berkuasa tempatan dan tidak mendapat bantahan penduduk.

"DAP negeri Kedah masih dalam PR. Mereka masih lagi rakan selagi saya tidak menerima sebarang makluman rasmi secara bertulis mengenai dakwaan mereka untuk keluar daripada PR di negeri Kedah. PR di negeri Kedah jua telah seperti biasa. Saya yakin, tiada berlaku keretakan berikutan isu tersebut," kata Azizan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman.

0 ulasan: