Konsep "Satu Malaysia" kelihatan suatu idea drastik akibat beberapa faktor pendesak mutakhir ini. Kerajaan seharusnya peka dalam mengeluarkan retorik untuk kesejahteraan negara bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Konsep Islam Hadhari contohnya kini sepi kerana pengasasnya telah dipinggirkan. Malah idea spontan yang cuba mengubah istilah tamadun Islam ini dipersoalkan banyak pihak. Kini satu konsep baru oleh pemimpin baru diajukan ekoran masalah yang wujud dalam hubungan antara kaum di negara ini.
Jika idea "Satu Malaysia" ini ingin diletakkan pada pentas perpaduan kaum, maka isu integrasi adalah isu asal Malaya pada awal usia kemerdekaannya. Isu integrasi hanya disebut di saat kerajaan menerima himpitan akibat ketidakpuasan hati pelbagai kaum terhadap polisi kerajaan.
Jika benar idea ini untuk mengharmonikan ketegangan antara kaum, ironinya ketegangan bukan antara etnik, tetapi ia adalah penolakan kaum bukan Melayu terhadap BN. Isu ketidakharmonian tidak timbul malah jika ditinjau lebih dalam, amalan menghina kaum bukan Melayu semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang serta membawa idea-idea perkauman di Perhimpunan Agung Umno menjadi penyebab kaum bukan Melayu menunjukkan protes.
Idea patriotisme sebegini adalah idea spontan tatkala kelompok nasionalis mula merasakan tekanan akibat penolakan rakyat melalui pilihan raya. Lihat sahaja pilihanraya kampus yang kini didominasi oleh mahasiswa prokerajaan. Peralihan sokongan berlaku apabila kem patriotik dan kem-kem kepimpinan yang bersifat �brain wash� diamalkan di Kolej Kediaman universiti awam.
Jika diintai lebih jauh lagi, "Satu Malaysia" seolah ingin mencipta resepi untuk perpaduan rakyat. Adakah rakyat tidak berpadu? Atau mereka cuma ingin mengamalkan demokrasi dengan memilih parti lain pula. Adakah ini salah dan tidak bersatu padu?
Kini polemik mula timbul sama ada ingin mencipta resepi baru kepada perpaduan antara kaum. Adakah perlu meniru Indonesia yang mencapai kepada satu budaya dan satu bahasa. Perlu diketahui dasar bahasa di Indonesia jauh lebih praktikal dan bervisi berbanding dasar bahasa di Malaysia yang akur dan tunduk dengan rungutan pasaran industri.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Sastera Negara telah menggariskan bahasa dan budaya yang sesuai diamalkan untuk mengintegrasikan antara kaum tanpa menindas dan menghapuskan budaya etnik lain selain Melayu. Tiada resepi lain melainkan rakyat perlu sedar keharmonian bukan alat untuk dipolitikkan. Rakyat antara kaum di Malaysia telah matang dan sukar dibuai emosi dengan rayuan-rayuan untuk perpaduan sebegini.- tajdid _
ehsan: harakahdaily
Krisis Istana: Tak Mahu Caro, Diam Juga Nasihat? -Nik Aziz
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan