Tangkapan meningkat menjelang perhimpunan anti-ISA
Ogos 1, 09 11:05am
kemaskini 11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang.
Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.
Menurut Suaram, 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.
Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.
Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.
Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.
[Berita lanjut menyusul]
sports
politik terkini, layannnn...
Jumaat, 31 Julai 2009
ISA - tangkapan meningkat
harapkan katak, katak melompat keluar...
Apa sudah jadi ?70.000 dah tinggal 70 je...Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka,,,,apa nak jadi...jadilah.
Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka. Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah." -begitulah kata-kata Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang tertekan kerana GMI sudah bertekad untuk teruskan Himpunan.
Selepas Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang diketuai Ibrahim Ali menarik diri dari menyertai Himpunan Pro-ISA anjuran Pewaris dan Magaran, kini giliran Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia pula.
Mahagurunya, Omardin Mauju meminta anak-anak buahnya yang 'ramai' itu menarik diri dari menyertai Himpunan Pro-ISA selepas Polis mengeluarkan amaran pertama semalam.
Sebelum ini mereka juga seperti Ibrahim Ali, bermatian-matian mencabar GMI untuk batalkan Himpunan. Kononnya, walau apa jua yang terjadi, mereka nak turun berhimpun juga kalau GMI teruskan hasrat berhimpun.
Kini, Penyokong Pro-ISA semakin berkurangan. Malam ini satu lagi kumpulan Pro-ISA, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) akan berbincang. Keputusan sama ada mereka akan bersama Pewaris dan Magaran akan ditentukan malam ini.
Apa sudah jadi ni labu?
Katanya Ibrahim Ali yang mengetuai Pergerakan Pro Isa, belum ape2 dah tarik diri ni, nape pulak?
kalau tak udang di sebalik mee, mesti ada katak di sebalik daun..
ehsan: pak long misai
apa cerita, utusan...
ISA: Jakim nasihat orang ramai tidak berhimpun di masjid
PUTRAJAYA 31 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar tidak berhimpun di kawasan masjid dalam usaha mereka mengadakan perarakan Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang esok.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ini bagi mengelakkan kesucian tempat ibadah umat Islam daripada tercemar sekiranya berlaku sebarang kekecohan pada perhimpunan itu.
Sekretariat Himpunan Mansuh ISA menyenaraikan Masjid Negara dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur sebagai tempat berhimpun sebelum orang ramai diajak berarak ke Istana Negara bagi mengemukakan deklarasi membantah ISA petang esok. - Utusan
... suara hati rakyat perlu dihormati.
Demonstrasi mansuh ISA adalah lontaran suara hati rakyat
Zuharman MN
Fri | Jul 31, 09 | 3:55:32 pm MYT
KOTA BHARU, 31 Julai (Hrkh) � Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti � ISA yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Ogos (esok) sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya...
Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.
Nik Aziz tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan (menteri). Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.
Difahamkan Nik Aziz akan turut serta bersama penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Bagaimanapun, polis memberi amaran tegas kepada pihak terbabit supaya membatalkan rancangan tersebut dan menurut laporan Dato' Seri Hishamudin Tun Hussien, selaku Menteri Dalam Negeri sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.
Sementara itu menurut sumber yang menghubungi wakil Harakah pagi tadi memberitahu pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi utama sejak pagi tadi bagi menghalang tujuan tersebut.
Dalam pada itu Nik Aziz menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.
�Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?
�Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.
�Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka,� ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi tadi.
Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.
�Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka,� ujarnya.
Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular. - mns_
Khamis, 30 Julai 2009
1 ogos, polis jangan risau...
Polis risau ketegangan demo 1 Ogos
Jul 30, 09 11:26pm
Polis bimbang ketegangan akan berlaku semasa perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akibat unsur provokasi daripada dua kumpulan berbeza yang menyokong dan menentang akta kontroversi itu, Sabtu ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan itu mahu penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.
"Walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam," beliau dipetik berkata hari ini.
Tambahnya, terdapat agenda berbeza antara Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menentang undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang mahu ISA dikekalkan.
Kedua-dua kumpulan itu akan berarak ke Istana Negara dari lokasi masing-masing mulai 2 petang, 1 Ogos.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA berhimpun di Dataran Merdeka, Pasar Seni dan juga Masjid Negara dengan berpakaian putih.
Bagaimanapun kumpulan-kumpulan ini mungkin mengubah pergerakan masing-masing bergantung pada langkah kawalan keselamatan polis nanti.
Ismail juga dilaporkan berkata polis tidak menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.
"Mana-mana pihak yang mengadakannya adalah bercanggah dengan undang-undang negara," katanya.
Beliau berkata perhimpunan dan perarakan itu akan melibatkan ramai peserta dan boleh membawa kesan negatif kepada orang ramai termasuk pelancong, para peniaga dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
ehsan: malaysiakini
"majlis FATWA atau majlis ISA"
ISA: Dr Asri minta fatwa
29 Jul 2009 3:44PM
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.
Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.
Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.
Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan.
Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas.
Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.
Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara.
Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat.
Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.
Rabu, 29 Julai 2009
YB ditaja?
Kongsi gelap taja YB?
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
dan ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka.
Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya.
Menurut Kamal Affandi Hashim, tindakan wakil rakyat itu yang menghalalkan kegiatan haram di kawasannya dianggap sebagai membalas jasa golongan berkenaan.
“Berdasarkan analisis dan kajian saya, sebaik sahaja segelintir wakil rakyat ini dipilih menjadi wakil rakyat, muncul pusat-pusat perjudian, hiburan dan pelacuran yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa supaya operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa khususnya di sekitar Lembah Klang.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.
Dalam pada itu, Kamal Affandi berkata, wakil rakyat sedemikian hanyalah pemimpin boneka yang dibayangi kumpulan kongsi gelap terbabit kerana perbelanjaan sewaktu berkempen ditaja dan diri mereka dilindungi kumpulan itu.
Jelas beliau, kumpulan kongsi gelap terbabit perlu dibanteras habis-habisan kerana ia turut menyumbang kepada jenayah perkauman, khususnya apabila mereka terlibat dalam pertubuhan atau komuniti tertentu.
Sehubungan itu, katanya, kebimbangan utama kini ialah apabila rakyat gagal menilai siapa pemimpin yang mereka pilih bagi membawa keamanan dan pembangunan setempat.
“Segelintir rakyat kini dilanda masalah iaitu gagal membuat telahan yang tepat untuk memilih pemimpin yang bersih,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas fenomena kongsi gelap di Kuala Lumpur memberitahu, jenayah itu masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.
Katanya, kumpulan kongsi gelap di ibu negara tidak bergiat secara aktif dan pihaknya sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu.
Tegas beliau, jika kumpulan berkenaan dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
“Kita memang menyedari terdapat beberapa kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
utusan mohon maaf!!!
Tak sengaja: Utusan mohon maaf kepada MB Kelantan
29 Jul 2009
UTUSAN MALAYSIA memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut. / Utusan Online
Selasa, 28 Julai 2009
rakyat malaysia sedih
THE CORRIDORS OF POWER
Oleh Raja Petra Kamarudin
Hari Yang Amat Sedih Bagi Malaysia
Segalanya memang sudah terbayang, lama dahulu lagi. Loceng amaran memang sudah lama berderingan. Akan tetapi semua itu sengaja tidak dipedulikan. Perkara itu sengaja diabaikan kerana Malaysia Today yang mengeluarkan amaran dan isyarat itu. Malaysia Today dianggap sebagai sumber yang tidak boleh diharap sangat.
Malaysia Today dianggap sebagai sumber cerita karut-marut yang penuh dengan berita angin dan perkara yang remeh-temeh sahaja.
Apabila Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dinaik-taraf namanya menjadi SPRM, menculik ahli keluarga seorang inspektor polis, perkara itu telah diterbitkan oleh Malaysia Today. Mereka telah menculik isteri dan seorang anak kecil seorang inspektor yang sedang menyiasat seorang ketua samseng kongsi gelap atas arahan seorang pegawai atasan berpangkat ASP.
Si inspektor polis hanya menjalankan tugas yang diarahkan oleh ketuanya, yakni membuka satu fail dan memulakan siasatan terhadap kegiatan pelacuran orang Cina, jerung peminjam wang haram, sindiket dadah dan perjudian. Kesan siasatan itu telah menyebabkan tiga orang ketua sindiket haram itu tertangkap.
Apa yang SPRM mahu inspektor lakukan adalah amat mudah sahaja. Mereka mahu si inspektor mengubah laporan siasatannya untuk membolehkan tiga orang ketua kongsi gelap itu dibebaskan.
Si inspektor perlu lakukan kehendak itu seandainya dia mahu melihat isteri dan anaknya dibebaskan.
Si Inspektor Polis enggan berbuat demikian. Sebaliknya beliau membuat satu laporan polis pula. Isteri beliau pun berbuat perkara yang sama. Akan tetapi, tidak ada perkembangan selepas itu. Pegawai SPRM tidak pun ditangkap dan ditahan serta diheret ke mahkamah kerana perbuatan menculik.
Sebaliknya SPRM telah membocorkan maklumat kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai tinggi polis. Pegawai itu ialah Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID) kerana jenayah tidak mengisytiharkan asset beliau bernilai RM27 juta. Mereka tidak pedulikan bahawa pendedahan itu adalah menyalahi Akta Rahsia Rasmi Negara (OSA). Lagi pun OSA pada lazimnya digunakan terhadap penyokong parti pembangkang dan bukannya terhadap mereka yang berlenggang di koridor kuasa.
Apa pun, kemudiannya, Pengarah CCID itu tidak pun didakwa kerana tidak mengisytiharkan aset bernilai 27 juta itu. Beliau telah dikenakan tuduhan menggunakan harta polis untuk faedah sendiri dan peribadi. Sedangkan itulah perkara yang lazim dipraktikkan oleh semua pegawai kerajaan, menteri-menteri dan orang politik setiap hari. Akan tetapi jenayah sebenar beliau ialah kerana menahan beberapa orang ketua kongsi gelap yang menguasai dunia pelacuran, ceti haram, dadah dan perjudian di merata negara Malaysia ini.
Ketika mereka menahan peguam yang membela pengarah CCID itu dahulu, pegawai SPRM telah mengunjungi beliau pada petang sebelum Hari Raya di pejabatnya. Tangan beliau telah digari seolah-olah beliau adalah seorang penyamun dan perompak bank. Untuk terus mengaibkan si peguam itu, penahanan dan penangkapan beliau telah dilakukan di hadapan khalayak ramai di pejabatnya.
Inilah yang ditulis dan diceritakan oleh Malaysia Today. Inilah juga yang telah ditulis berulang kali oleh Malaysia Today untuk menentukan sesiapa yang terlepas pandang cerita ini akan sedar akan kewujudannya. Namun demikian, tidak pun ada tindakan yang dilaksanakan. Tidak pun ada sesiapa yang menafikannya. Tidak jua ada sesiapa yang mengambil tindakan terhadapnya.
SPRM sudah merupakan satu alat kepada mereka yang memegang tampuk kuasa, secara rasminya sejak lama dulu lagi. Secara rasminya, Barisan Nasional mempunyai 14 parti komponen di mana UMNO merupakan tunggaknya. Tetapi secara tidak rasmi, Barisan Nasional mempunyai 17 anggota komponen . Suruhanjaya Pilihan Raya adalah komponen yang kelima belas. Yang ke enam belas ialah Polis Raja Di Malaysia, dan SPRM adalah anggota yang ke tujuh belas. Semua komponen ini berkhidmat kepada UMNO dan Perdana Menteri.
Perkara ini sudah berjalan begitu lama. SPRM berlagak laksana dewata. Mereka culik ahli keluarga dan siksa mereka. Mereka ancam untuk membunuh mereka yang disiasat seandainya si mangsa enggan membuka rahsia.
Segala pertanda memang sudah lama nyata. Loceng penggera sudah lama dicanang. Tetapi semua itu sengaja tidak dipedulikan. Ia sengaja diabaikan kerana berita itu telah dimulakan oleh Malaysia Today. Mereka menganggap Malaysia Today sebagai sumber yang tidak boleh dipercayai. Mereka kata Malaysia Today penuh bergelumang dengan desas-desus dan karut-marut belaka.
"Mana buktinya?" kata mereka. "Tunjukkan mayatnya," desak mereka. Kalau tidak ada bukti dan mayatnya tentu tidak ada jenayah yang dilakukan.
Akan tetapi pada hari ini memang ada mayatnya. Itulah mayat seorang anggota pembangkang berbangsa Cina yang telah ditangkap dan dibalun oleh pegawai SPRM. Memang beliau telah disiksa kerana pihak SPRM mahu beliau bercerita.
Tetapi dia tidak boleh bercerita kerana tidak ada bahan yang mahu diceritakan. Pihak SPRM mahu dia menyebut beberapa nama orang tertentu di pihak pembangkang. Mereka mahu dia mengaitkan kawan-kawannya di pihak pembangkang kerana melakukan jenayah yang didakwa oleh SPRM telah dilakukan oleh pihak pembangkang.
Si mati telah cuba memberi penjelasan yang dia bukannya berdegil. Dia cuba perjelaskan tidak ada sebarang jenayah yang telah berlaku. Dia juga cuba menjelaskan bahawa adalah tidak wajar dia menuduh rakan-rakannya dalam parti pembangkang atas jenayah yang menjadi khayalan pihak SPRM.
Kerana itu mereka terus menyiksa beliau. Tenlulah dia tidak dapat bertahan lama dengan penyiksaan itu. Dia bukannya orang yang gagah perkasa. Dia cuma seorang insan lelaki yang bercadang mahu berkahwin pada hujung minggu ini. Itu sahaja yang mahu dilaksanakannya.
Mereka telah mengugut mahu membunuhnya seandainya dia enggan akur. Dengan air mata yang berlinangan dia telah merayu agar dia tidak disiksa lagi. Mereka mengugut mencampakkannya ke bawah dari tingkat atas kalau beliau enggan mengikut arahan. Dia terus menangis dan melulut meminta belas kasihan agar tidak diapa-apakan. Mereka telah mengheret beliau ke arah satu jendela yang telah terbuka. Ketika itu, sesuatu telah berlaku di luar jangkaan.
Tindakan pegawai SPRM itu hanya satu ugutan dan tindakan olok-olok sahaja. Mereka Cuma mahu mengancam dan mengugut sahaja. Mereka cuma mahu dia melihat pemandangan apa yang ada di bawah sana daripada jendela terbuka itu.
Malangnya si anak muda itu menjadi panik. Dia gayat dengan ketinggian dan menjadi tergamam melihatkan betapa tingginya tempat dia berdiri. Dia telah meronta-ronta. Sehinggakan mereka tidak mampu memegang dan mengawal dirinya, sehinggakan dia tersilap langkah dan terjatuh ke bawah dan menemui ajal.
SPRM kemudiannya membuat pengumuman bahawa mereka telah membebaskannya pada malam sebelumnya. Apa yang mereka gagal umumkan bahawa setakat membebaskannya daripada cengkaman duniawi.
Kononnya mereka terkejut mendapati mayatnya satu hari selepas mereka membebaskannya. Kononnya dia telah membunuh diri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diheret ke tingkap dengan ugutan mahu mengajar dia bagaimana terbang ke bumi.
Perkara semacam ini sudah terlalu lama berlaku. SPRM berlagak laksana dewata. Mereka culik anggota keluarga dan siksa orang yang mereka tangkap. Kemudian mereka ancam orang yang ditangkap itu dengan ugutan mati kalau enggan bercerita.
Kini seorang anak muda baharu sahaja menemui ajal. Tetapi, tidak ada sesiapa yang akan terhukum kerana mereka akan kata si anak muda itu telah membunuh diri. Kenapa dia membunuh diri itu, tidak pula sesiapa yang tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut dengan kematian. Dia tidak pernah diheret untuk melihat bumi daripada tingkat yang tinggi. Dia tidak terlepas secara tidak sengaja apabila dia panik dan kerana mereka tidak berjaya memegang badannya semasa membuat ugutan itu.
Inilah cerita yang akan mereka ulang-tayang kepada kita hari ini dan seterusnya.
Mengapa majlis fatwa tidak berani!!!
Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.
Kata beliau, mereka sepatutnya memberi panduan kepada rakyat dalam urusan-urusan yang melibatkan hukum.
Malangnya, kata beliau banyak fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tidak ada tindakan yang diambil.
"Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa," katanya semasa dihubungi.
Tegasnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya sudah ke hadapan dalam memberi panduan kepada pemimpin tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti ikut mereka supaya integriti Majlis Fatwa itu dapat dipelihara.
Tambahnya, kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah.
"Jadi dalam sejarah ISA sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim.
"Saya rasa rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman,"jelasnya.
Sehubungan itu, beliau yakin apa yang rakyat akan buat pada 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA.
TAKZIAH... pencinta umno
Takziah kepada kelab pencinta Umno
Saya difahamkan bahawa kelab pencinta Umno telah bersiap-siap untuk berhari raya dengan kenyataan Tok Guru Mursyidul Am PAS ((lihat "Nik Aziz sedia lupa sengketa politik dengan Pusat" Utusan Malaysia 25/7/09, "Mustapa, Nik Aziz muafakat" Utusan Malaysia 25/7/09, "'Sengketa wajar dilupakan'" Utusan Malaysia 26/7/09, "Umno, PAS ada persamaan" Utusan Malaysia 26/7/09) dan "MT Umno akan bincang" Utusan Malaysia 27/7/09).
Pulang paku buah keras hampir-hampir menjalar atas kertas - maklumlah, sejak akhir-akhir ini itu sahaja kerjanya.
Malangnya, tak sempat nak pukul gendang raya, tersiarlah berita bertajuk "Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS" (Malaysiakini 27/7/09).
Dalam posting beliau hari ini yang bertajuk "Perpaduan antara kerajaan ya, antara parti tidak – Nik Aziz," Sheih melaporkan:
Nik Aziz pagi ini mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama Umno-PAS.
Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (lihat "Dr M ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama" Malaysiakini 27/7/09 dan "Dr Mahathir ragui keikhlasan PAS" Utusan Malaysia 27/7/09). Sepatutnya kenyataan dengan nada yang sama sudah lama datang dari pemimpin tertinggi badan eksekutif PAS.
Takziah kepada media-media yang nak mencanangkan "perdamaian" Umno-PAS. Kalau dah dari gerombolan yang buat berita bertajuk "Daripada striker bola kepada pengarah tersohor" (orang dah meninggal dunia, sudahlah!), apa nak heran tulis apa pun.
Takziah juga kepada kelab pencinta Umno.
Berkaitan:
Kerjasama Umno-PAS: ‘Pergi Jahane’ Umno – Tok Guru Nik Aziz (Jiwo Kelate 28/7/09)
Isnin, 27 Julai 2009
Teoh Beng Hock.. Luahan Yasmin Ahmad Sebelum Meninggal
Someone please wake me from this nightmare and tell me that this did not happen in my country and that Teoh Beng Hock is safe at home with his family – Yasmin Ahmad
Pada 19/7/2009 jam 8:40 malam,Ada lah seorang hamba Allah yang memakai nama Wahdi bagi komen dalam blognya ” dah takdir maybe…”
Terus Yasmin Menjawab balik komen itu sebelas minit kamudian ” yes wahdi, but if this had happened to a member of your family, would you be as accepting? takdir is takdir, but in islam, if someone were murdered, his family decides the fate of his murderer.”
Last sekali… yasmin berdoa dan mengharapkan keadilan dan kebenaran untuk Teoh Beng Hock dan keluarganya akan terbukti jua… Yasmin menulis di akhir mesejnya pada 22 /7/2009 pukul 12:45 pagi yang berbunyi “ameen, ya rabbal aalameen.” setelah beliau membaca mesej dari the razzler yang berbunyi
“ There’s sadness, outrage and anger that such incident could happen. An innocent life of a wonderful soon to be a husband and father is taken away so abruptly. What’s even more outrageous, it’s two days before his planned wedding!! May the truth and justice prevails..
Petikan dari blog Yasmin Ahmad dalam postingnya yang bertarikh 16/7/2009…
Berkaitan… Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia
Sabtu, 25 Julai 2009
PEKIDA TARIK KERETA DIPERLUKAN 1 OGOS DI KL!
Satu lagi strategi yang bakal di gunakan bagi menghalang Perarakan GMI ke istana negara. Ternyata kerajaan umNo gagal menyekat kebangkitan rakyat. Sekatan dan halangan yang dilakukan hanya menaikkan semangat untuk digandakan himpunan tersebut.
Ternyata kejayaan himpunan BERSIH dan PPSMI sesuatu yang diluar dugaan. Penglibatan pelbagai pihak dalam PPSMI menggerunkan umNO. Mereka menghalang bas dan kenderaan di Tol Duta...Bas ditinggalkan dan berjalan kaki demi mencapai tujuan perjalanan. SANGAT MENGKAGUMKAN!..
1 Ogos satu lagi himpunan besar dilakukan. Hapuskan ISA. Beralasan ISA sedang dalam kajian, pemuda UMno KONONNYA bertindak berkecuali. Khairy jamaludin telah mengarahkannya,.,...betulkah??? Siapa pula yang akan bersama NGO yang akan jua turut berhimpun menyokong ISA? mereka bertemakan 1 Malaysia, dalam masa yang sama pertahankan hak keistimewaan Melayu...slogan cacamerba yang bercanggah antara satu sama lain???
Ibrahim Ali antara penyokong kuat Sokong ISA. Mereka mengancamkan akan meneruskan himpunan jika GMI terus berdegil. Pastinya polis akan menggunakan alasan mengelakkan pertembungan bagi menghalang himpunan kali ini... Peta perhimpunan antara dua kelompok yang disiarkan Malaysiakini jelas menunjukkan sokong ISA sengaja MENCARI PASAL! Saya yakin mereka akan berperisaikan polis jikia mereka benar berani berhimpun... soalnya,,, siapa bersama kumpulan sokong ISA ini???
Apakah PEKIDA tarik kereta akan digunakan lagi seperti di sidang bawah pokok di Ipoh. Tentunya mamat bersongkok tinggi ini amat dikehendaki bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh penjilat "Punggong Mahathir" ( sumpah Ibrahim Ali jika kembali ke umNO) . Siapa yang akan bersama sokong ISA ini??? Polis sewajarnya melihat bahawa kumpulan yang akan buat kacau adalah kumpulan sokong ISA. Mereka boleh memilih tarikh lain ..namun mereka memilih untuk tarikh yang sama dan tempat yang sama!!! pastinya untuk buat kacau.... BERMAIN API NAMPAK??????
GMI mesti memberi arahan jelas kepada anti ISA dalam menangani tindakan kepada kumpulan pencacai dan balaci ini. Ibrahim Ali ternyata silap perhitungan memilih jalan ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib... katak bodoh!.... Kini dua kumpulan...FRU dan balaci akan dihadapi oleh GMI... pastinya mereka yang datang pada 1 Ogos akan lebih bersedia dan bersemangat...percayalah..yang datang sebenarnya ketagih asap kemeyan setan dan air kencing iblis dari FRU... berbeza dengan balaci Katak balaci... Cabaran dari kumpulan pencacai ini tentunya akan menjadikan Demonstrasi GMI akan lebih menarik! tak percaya...ayoh kita bersama! BAGI PEJUANG iSLAM...IANYA PINTU JIHAD..MENENTANG KEZALIMAN!
Kita nantikan.... siapa pejuang dan siapa dalang..AYUH KITA BERSAMA MENENTANG KEZALIMAN!
PAS mahu Suruhanjaya Diraja benar-benar bebas
MARANG, 25 Julai (Hrkh) - PAS mahukan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat isu kematian Teoh Beng Hock benar-benar bebas.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berharap Suruhanjaya tersebut benar-benar bebas dan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh serta profesional.
"Pakatan Rakyat telah bermesyuarat pada minggu lepas dan telah membuat satu keputusan supaya satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian (Teoh) ini.
"Alhamdulillah, pada hari ini Suruhanjaya itu telah ditubuhkan dan kita (PAS) mengharapkan Suruhanjaya Diraja ini menjadi Suruhanjaya yang benar-benar bebas dan profesional sifatnya untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,"ujarnya ketika ditemui selepas melancarkan program Bulan Tarbiyah, di Masjid Pengadang Baru, dekat sini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata PAS tidak berhasrat meletakkan sebarang andaian terhadap kes kematian misteri Teoh.
Katanya, PAS akan menunggu keputusan hasil penyiasatan oleh Suruhanjaya DiRaja tersebut.
Mengulas lanjut isu menziarahi kematian Teoh, katanya PAS berpegang dengan asas Islam yang membenarkan seseorang Islam menziarahi serta mengucapkan takziah terhadap kematian seseorang bukan Islam.
Menurutnya, kehadiran wakil PAS ke majlis ziarah takziah mendiang Teoh di Melaka adalah selaras dengan keputusan bersyarat Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan 19 Julai, lalu.
"Kita (PAS) meletakkan syarat. Ziarah takziah dibolehkan tetapi tidak boleh melibatkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama," jelasnya.
Namun begitu, katanya PAS bersyukur kerana jamaah menteri akur dengan desakan pelbagai pihak agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.
Khamis, 23 Julai 2009
Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.
Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.
Razaleigh: SPRM Harus Disiasat Hingga Ke Lubang Cacing
Kerana bimbangkan kematian Teoh Beng Hock adalah petanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertukar penyangak, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata siasatan “sehingga ke lubang cacing” harus dijalankan bagi mencari motif dan punca kematian mangsa.
Razaleigh berkata rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa.
“Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda,” katanya.
Razaleigh berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan-saranan suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Razaleigh berkata meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti “menghina Yang Di-Pertuan Agong”.
Pemimpin veteran itu menambah SPRM memburu kesalahan-kesalahan kecil tetapi tidak mempedulikan kes-kes besar dan berkata SPRM perlu diteliti semula.
“Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat,” tegas beliau.
Rabu, 22 Julai 2009
Chua menyampaikan ceramah pertama selepas masuk PKR
Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong Parti Pakatan Rakyat (PKR) di Kuala Selangor.
Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh Barisan Nasional.
Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa pengharapan baru kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR.
“ Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.
“Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju.
“Institut Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.
“Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR.
“Kes sodomi Datuk Anwar juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda. Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua,”katanya.
Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR.
Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut.
“Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaumkita semua mankan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR , adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN.
Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang dibenar dihukum.
“Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta.
“Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa . Sama seperti pemerintahan di zaman gila.
“Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati,”katanya
Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untutk membawa harapan baru kepada kawasan itu.
“Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat.
Beliau berkata harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional.
“sudah hampir empat tahun dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untukmenwujudkan kekuatan.
“Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini.Saya ambil sebagai contoh langkah yang tela di sebut oleh Datuk Chua,” katanya
Selasa, 21 Julai 2009
Perbezaan PAS dan UMNO
Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.
Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.
Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.
Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.
Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.
Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.
Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?
Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.
Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
Isnin, 20 Julai 2009
Polis dan SPRM sama sahaja – Husam
Dato’ Paduka Husam Musa tidak bersetuju dengan pihak polis sendiri yang menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu berhubung dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri selangor, Teo Beng Hock baru-baru ini ketika dalam tahanan siasatan SPRM.
Beliau menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dengan segera kerana institusi lain seperti polis dan SPRM sudah lagi tidak boleh dipercayai.
“Kita tidak bersetuju polis menyiasat SPRM kerana sendiri buat salah dan sendiri siasat, sampai bila kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya, polis dan SPRM adalah sama sahaja,” tegas beliau.
Tambah beliau, pihak polis dan SPRM adalah sama sahaja bahkan polis kadang kala lebih buruk dari SPRM dan SPRM lebih buruk dari polis.
Beliau memberi contoh kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sehingga sekarang tiada sebarang pembelaan.
“Apa jaminan polis siasat SPRM, mereka akan dakwa pembunuh Teo Beng Hock, tidak ada jaminan sama sekali.
“Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.
“Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini,” katanya.
Husam juga menyifatkan anak muda ini sebagai hero Pakatan Rakyat kerana menyekat niat jahat BN mahu merampas Selangor dan usaha yang dilakukan oleh teo patut dihargai.
“Kita mesti memperjuangkan keadilan kepada hero kita ini dan keadilan yang kita tuntut ialah dalam masa sekarang ini,” katanya sambil menyifatkan kematian Teo Beng Hock dan keluarganya adalah hero Pakatan Rakyat.
Katanya, dengan berlaku kematian Teo, usaha Barisan Nasional (BN) untuk menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Perak menemui jalan kegagalan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpuanan Soldariti ‘Keadilan Untuk Teo Beng Hock’ yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini semalam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Hadir sama dalam Himpunan Solidariti itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan semua Adun dan ahli exco kerajaan negeri Selangor.
Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan solidariti ini dan diakhir perhimpunan ini.
Husam juga berkata, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan patut sedar bahawa isu kematian pembantu exco adalah bukan isu perkauman.
“Dia harus tahu bahawa Beng Hock adalah sama nilai nyawanya dengan nyawa orang melayu. Pedulikan melayu, cina dan india.
“Kita adalah anak bangsa Malaysia. Apabila salah seorang dibunuh kita wajib menuntut bela di sisi agama Islam,” katanya sambil diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari hadirin.
Sabtu, 18 Julai 2009
Jangan lupa DSAI sekarang dalam bahaya!!!!
Dari malcolm coren
Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir - hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.
Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.
Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!
Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.
Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah - olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.
DSAI,
Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!
Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI.
Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat.
Izinkan saya memberi kata - kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.
Walk my shoes, just to see
What it’s like, to be me
All be you, let’s trade shoes
Just to see what I’d be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other’s mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you’re sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other’s shoes, at least
DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun.
Suara Rakyat Suara Keramat!!!
Khamis, 16 Julai 2009
Tindakan Umno perlekeh Abe Uji jadi senjata makan diri
Tindakan Umno memperlekehkan Mohd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan dan berpendidikan rendah, akhirnya menjadi senjata makan diri...
Majoriti pengundi di Manek Urai menolak isu tersebut biar pun disebar-sebar di kampung-kampung melalui tenaga kempen Umno dan jentera kerajaan pusat.
Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga kerana rakyat di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor yang dipermainkan Umno.
Kata beliau juga pengundi mempunyai daya ketahanan diri yang kuat biar pun banyak umpan wang ditabur Umno.
"Sebab itulah ada pihak menjangka PAS kalah pada pilihan raya itu berikutan banyak wang ditabur, janji pembangunan dipancing dan bantuan jentera kerajaan secara besar-besaran.
"Jadi ketika berdepan dengan segala situasi itu PAS masih boleh menang maka ia dianggap satu kejayaan besar. Jumlah majoriti tidak lagi menjadi penting dalam keadaan itu," katanya di sini, semalam.
Malah beliau cukup berbangga kerana pengundi di Manek Urai membuktikan kerajaan pimpinan ulama terus menjadi pilihan rakyat Kelantan.
Pada pilihan raya tersebut calon PAS, Abe Uji menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi. Abe Uji memperolehi sebanyak 5,348, manakala Tuan Aziz - 5,283 undi.
Abe Uji berkata, kemenangan yang diperolehinya bukan kejayaan peribadi, sebaliknya hak semua pejuang Islam dan pencinta keadilan.
"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya. Saya bersyukur. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya menjadi wakil rakyat sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya.
Dalam perkembangan lain Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat membina jalan raya baru menghubungkan Kuala Krai - Kota Bharu sebagaimana dirancang sebelum ini.
Katanya, jalan raya baru itu sewajarnya disegerakan bagi mengatasi pertambahan jumlah kenderaan yang begitu ketara sekarang.
"Kerajaan kena meneruskan pembinaan jalan raya terbabit sebagaimana diumumkan sebelum ini. Buatlah apa yang telah dirancang dan bukannya menabur janji kosong kepada pengundi di Manek Urai," katanya. - mj _
ikhsan: harakahdaily
Rabu, 15 Julai 2009
Jangan politikkan isu antara kaum
Konsep "Satu Malaysia" kelihatan suatu idea drastik akibat beberapa faktor pendesak mutakhir ini. Kerajaan seharusnya peka dalam mengeluarkan retorik untuk kesejahteraan negara bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Konsep Islam Hadhari contohnya kini sepi kerana pengasasnya telah dipinggirkan. Malah idea spontan yang cuba mengubah istilah tamadun Islam ini dipersoalkan banyak pihak. Kini satu konsep baru oleh pemimpin baru diajukan ekoran masalah yang wujud dalam hubungan antara kaum di negara ini.
Jika idea "Satu Malaysia" ini ingin diletakkan pada pentas perpaduan kaum, maka isu integrasi adalah isu asal Malaya pada awal usia kemerdekaannya. Isu integrasi hanya disebut di saat kerajaan menerima himpitan akibat ketidakpuasan hati pelbagai kaum terhadap polisi kerajaan.
Jika benar idea ini untuk mengharmonikan ketegangan antara kaum, ironinya ketegangan bukan antara etnik, tetapi ia adalah penolakan kaum bukan Melayu terhadap BN. Isu ketidakharmonian tidak timbul malah jika ditinjau lebih dalam, amalan menghina kaum bukan Melayu semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang serta membawa idea-idea perkauman di Perhimpunan Agung Umno menjadi penyebab kaum bukan Melayu menunjukkan protes.
Idea patriotisme sebegini adalah idea spontan tatkala kelompok nasionalis mula merasakan tekanan akibat penolakan rakyat melalui pilihan raya. Lihat sahaja pilihanraya kampus yang kini didominasi oleh mahasiswa prokerajaan. Peralihan sokongan berlaku apabila kem patriotik dan kem-kem kepimpinan yang bersifat �brain wash� diamalkan di Kolej Kediaman universiti awam.
Jika diintai lebih jauh lagi, "Satu Malaysia" seolah ingin mencipta resepi untuk perpaduan rakyat. Adakah rakyat tidak berpadu? Atau mereka cuma ingin mengamalkan demokrasi dengan memilih parti lain pula. Adakah ini salah dan tidak bersatu padu?
Kini polemik mula timbul sama ada ingin mencipta resepi baru kepada perpaduan antara kaum. Adakah perlu meniru Indonesia yang mencapai kepada satu budaya dan satu bahasa. Perlu diketahui dasar bahasa di Indonesia jauh lebih praktikal dan bervisi berbanding dasar bahasa di Malaysia yang akur dan tunduk dengan rungutan pasaran industri.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Sastera Negara telah menggariskan bahasa dan budaya yang sesuai diamalkan untuk mengintegrasikan antara kaum tanpa menindas dan menghapuskan budaya etnik lain selain Melayu. Tiada resepi lain melainkan rakyat perlu sedar keharmonian bukan alat untuk dipolitikkan. Rakyat antara kaum di Malaysia telah matang dan sukar dibuai emosi dengan rayuan-rayuan untuk perpaduan sebegini.- tajdid _
ehsan: harakahdaily
Pilih pemimpin beramanah
"... mengundi serta memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak"
PAS mengingatkan para pengundi dalam pilihan raya kecil di N41 Manek Urai agar membuat pilihan yang tepat dengan memilih pemimpin beramanah.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata para pengundi di Manek Urai yang akan keluar mengundi hari ini agar memilih pemimpin yang amanah.
Ia kerana katanya, mengundi serta memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.
Beliau berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda 'peniaga yang amanah bersama kebenaran' dengan merujuk kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) sebagai seorang peniaga yang amanah.
"Peniaga-peniaga ikan percaya kepada dia (Abe Uji), peniaga-peniaga kecil percaya kepada dia (Abe Uji), kalau (para peniaga) tidak percaya kepada dia, 'mapuhlah' (tutuplah) perniagaannya.
"Dia (Abe uji) telah berniaga beberapa lama, ini (bukti) kejayaan amanahnya,"tegas Ustaz Abdul Hadi ketika berucap pada satu ceramah di Kampung Sungai Rek, Laloh, dekat sini.
Katanya, para pengundi mesti memilih kerajaan yang amanah bukan parti yang khianat dan Umno adalah parti yang khianat kerana mengamalkan rasuah.
Menurutnya, rasuah yang berlaku dalam pemilihan pemimpin Umno diakui oleh pemimpin mereka sendiri dan rasuah berleluasa pada waktu pilihan raya ini.
"... mengundi serta memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak"
Ustaz Abdul Hadi berkata antara wang yang diperolehi oleh pemimpin Umno bagi memberi rasuah adalah dari tauke-tauke besar.
"Pemimpin Umno, bila dia (pemimpin) jadi kerajaan bagaimana dia (BN) nak naikkan harga getah, macam mana nak turunkan harga gula, macam mana nak turunkan harga minyak.
"Kerana tauke-tauke ini beri 'pitih' (duit) kepada dia (pemimpin Umno), untuk menang pilihan raya, untuk jadi pemimpin. Macam mana dia (BN) nak tunaikan amanah," soalnya.
Menurutnya, kerajaan Kelantan telah menunaikan amanah dengan mentadbir negeri dengan baik dan memberikan tanah kepada penduduk di Manek Urai.
Oleh itu, katanya, pengundi Manek Urai mesti menunaikan amanah dengan memilih pemimpin yang amanah dan kerajaan yang amanah.
Justeru itu, katanya menjadi harapan dari pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat agar ibu bapa dan waris-waris melaksanakan amanah memanggil anak-anak dan saudara mereka yang berada di luar pulang menunaikan amanah untuk mengundi. - mks._
Selasa, 14 Julai 2009
Surat Debat Tok Guru Kepada PM
(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009
Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Assalamualaikum WM WB.
Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.
YAB Dato Seri,
Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam
Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.
Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).
Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.
Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.
Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.
Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).
Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.
Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?
Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.
Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan
persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.
Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.
Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.
Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.
Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Isnin, 13 Julai 2009
info: perbezaan sifat lelaki dan perempuan
(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.
(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf
(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran
(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan
(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga
(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat
Isnin, 6 Julai 2009
pakat tetap utuh, kata anwar
PULAU PINANG, 6 Julai: Datuk Seri Anwar yakin, hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) masih lagi erat. Tiada perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Demikian dinyatakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas satu pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Sekiranya kita menghadapi masalah dan konflik akibat daripada perbezaan polisi maka akan terdapat kemungkinan sebuah ikatan itu retak. Namun begitu dalam isu yang berkaitan sepertimana yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang adalah isu kecil. PR masih lagi utuh.
"Dakwaan wujudnya keretakan hubungan antara tiga parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP berikutan masalah pusat penyembelihan babi di negeri Kedah dan juga isu pelucutan jawatan wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah tidak tepat sama sekali.
"Isu kecil seperti ini tidak mampu untuk meretakkan hubungan dalam PR. Masalah ini adalah lebih kecil jika mahu dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam MCA, MIC dan PPP," kata Anwar.
Azizan pula dalam kenyataannya berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa cadangan mengenai tapak lokasi pusat penyembelihan babi tersebut.
Ia akan menggantikan pusat penyembelihan babi yang ada dalam jangkamasa terdekat sekiranya lokasi baru yang telah dicadangkan itu diluluskan pihak berkuasa tempatan dan tidak mendapat bantahan penduduk.
"DAP negeri Kedah masih dalam PR. Mereka masih lagi rakan selagi saya tidak menerima sebarang makluman rasmi secara bertulis mengenai dakwaan mereka untuk keluar daripada PR di negeri Kedah. PR di negeri Kedah jua telah seperti biasa. Saya yakin, tiada berlaku keretakan berikutan isu tersebut," kata Azizan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman.
Khamis, 2 Julai 2009
Sudah lama orang bertanya tentang air mineral yang mengandungi air holy water. Berbagai kisah yang dipaparkan untuk meyakinkan dakwaan itu. Ada yang lengkap beri nama produk seperti Al-Mansur, Al-Mubarakah, Al-Barakah, Bestari dan bermacam lagi. Apa pendirian kita? Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".
Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".
Dalam hal ini bukan hanya air mineral tapi banyak lagi benda yang meragukan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang perlu dihindarkan. Ini termasuk produk-produk yang jelas tertera logo halal tetapi sering dipertikaikan statusnya. Apa lagi dalam keadaan hari ini dimana industri halal tidak diurus oleh orang yang kenal dosa dan pahala tetapi orang yang hanya tahu menghitung untung rugi semata...
Hadis diatas jelas menyuruh kita meninggalkan apa saja yang meragukan kerana ia termasuk dalam kategori samar atau "syubhat" yang boleh membawa kepada hukum haram. Oleh itu jika kita ragu dengan sesuatu minuman atau makanan atau apa saja, maka elakkanlah. Banyak lagi pilihan minuman dan makanan lain yang ada di pasaran. Berusahalah mendapatkan yang terbaik untuk keluarga kerana usaha mendapatkan yang terbaik itu adalah jihad. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Mencari yag halal itu adalah satu kefarduan..."
Dalam Islam kita dianjurkan melakukan sesuatu atas dasar yakin tanpa sebarang keraguan. Keraguan akan menimbulkan "was-was" yang mebuka pintu iblis dan syaitan untuk merosakkan ibadah kita. Dalam surah an-Nas Allah berfirman merintahkan kita berlindung dengan Nya dari gangguan al-waswasil khannas yang ditiupkan dalam hati manusia oleh Jin dan Manusia...
Was-was akan mengganggu hati dan hati yang was-was akan mengganggu ibadah. Ibadah jadi tidak khusyuk malah boleh menyebabkan seseorang itu malas melakukannya. Berusahalah kita mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga moga hati terus sentiasa bersih sebagai persiapan menemui Allah..
Saiful Disaman RM2 Juta
Tuesday, 30 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.
Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.
Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.
Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.
Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.
“Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.
“Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.
“Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.
ehsan: suara keadilan