BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Jumaat, 31 Julai 2009

ISA - tangkapan meningkat



Tangkapan meningkat menjelang perhimpunan anti-ISA

Ogos 1, 09 11:05am
kemaskini 11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.

[Berita lanjut menyusul]

Read More...

harapkan katak, katak melompat keluar...

Apa sudah jadi ?70.000 dah tinggal 70 je...Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka,,,,apa nak jadi...jadilah.



Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka. Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah." -begitulah kata-kata Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang tertekan kerana GMI sudah bertekad untuk teruskan Himpunan.
Selepas Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang diketuai Ibrahim Ali menarik diri dari menyertai Himpunan Pro-ISA anjuran Pewaris dan Magaran, kini giliran Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia pula.

Mahagurunya, Omardin Mauju meminta anak-anak buahnya yang 'ramai' itu menarik diri dari menyertai Himpunan Pro-ISA selepas Polis mengeluarkan amaran pertama semalam.

Sebelum ini mereka juga seperti Ibrahim Ali, bermatian-matian mencabar GMI untuk batalkan Himpunan. Kononnya, walau apa jua yang terjadi, mereka nak turun berhimpun juga kalau GMI teruskan hasrat berhimpun.

Kini, Penyokong Pro-ISA semakin berkurangan. Malam ini satu lagi kumpulan Pro-ISA, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) akan berbincang. Keputusan sama ada mereka akan bersama Pewaris dan Magaran akan ditentukan malam ini.

Apa sudah jadi ni labu?

Katanya Ibrahim Ali yang mengetuai Pergerakan Pro Isa, belum ape2 dah tarik diri ni, nape pulak?

kalau tak udang di sebalik mee, mesti ada katak di sebalik daun..

ehsan: pak long misai

Read More...

apa cerita, utusan...

ISA: Jakim nasihat orang ramai tidak berhimpun di masjid

PUTRAJAYA 31 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar tidak berhimpun di kawasan masjid dalam usaha mereka mengadakan perarakan Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ini bagi mengelakkan kesucian tempat ibadah umat Islam daripada tercemar sekiranya berlaku sebarang kekecohan pada perhimpunan itu.

Sekretariat Himpunan Mansuh ISA menyenaraikan Masjid Negara dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur sebagai tempat berhimpun sebelum orang ramai diajak berarak ke Istana Negara bagi mengemukakan deklarasi membantah ISA petang esok. - Utusan

Read More...

... suara hati rakyat perlu dihormati.

Demonstrasi mansuh ISA adalah lontaran suara hati rakyat
Zuharman MN
Fri | Jul 31, 09 | 3:55:32 pm MYT

KOTA BHARU, 31 Julai (Hrkh) � Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti � ISA yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Ogos (esok) sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya...

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.

Nik Aziz tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan (menteri). Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.

Difahamkan Nik Aziz akan turut serta bersama penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Bagaimanapun, polis memberi amaran tegas kepada pihak terbabit supaya membatalkan rancangan tersebut dan menurut laporan Dato' Seri Hishamudin Tun Hussien, selaku Menteri Dalam Negeri sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

Sementara itu menurut sumber yang menghubungi wakil Harakah pagi tadi memberitahu pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi utama sejak pagi tadi bagi menghalang tujuan tersebut.

Dalam pada itu Nik Aziz menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

�Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?

�Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.

�Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka,� ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi tadi.

Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

�Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka,� ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular. - mns_

Read More...

Khamis, 30 Julai 2009

1 ogos, polis jangan risau...

Polis risau ketegangan demo 1 Ogos
Jul 30, 09 11:26pm
Polis bimbang ketegangan akan berlaku semasa perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akibat unsur provokasi daripada dua kumpulan berbeza yang menyokong dan menentang akta kontroversi itu, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan itu mahu penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.

"Walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam," beliau dipetik berkata hari ini.

Tambahnya, terdapat agenda berbeza antara Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menentang undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang mahu ISA dikekalkan.

Kedua-dua kumpulan itu akan berarak ke Istana Negara dari lokasi masing-masing mulai 2 petang, 1 Ogos.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA berhimpun di Dataran Merdeka, Pasar Seni dan juga Masjid Negara dengan berpakaian putih.

Bagaimanapun kumpulan-kumpulan ini mungkin mengubah pergerakan masing-masing bergantung pada langkah kawalan keselamatan polis nanti.

Ismail juga dilaporkan berkata polis tidak menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

"Mana-mana pihak yang mengadakannya adalah bercanggah dengan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata perhimpunan dan perarakan itu akan melibatkan ramai peserta dan boleh membawa kesan negatif kepada orang ramai termasuk pelancong, para peniaga dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

ehsan: malaysiakini

Read More...

"majlis FATWA atau majlis ISA"

ISA: Dr Asri minta fatwa
29 Jul 2009 3:44PM
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.

Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.

Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas.

Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara.

Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat.

Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

Read More...

Rabu, 29 Julai 2009

YB ditaja?

Kongsi gelap taja YB?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
dan ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka.

Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya.

Menurut Kamal Affandi Hashim, tindakan wakil rakyat itu yang menghalalkan kegiatan haram di kawasannya dianggap sebagai membalas jasa golongan berkenaan.

“Berdasarkan analisis dan kajian saya, sebaik sahaja segelintir wakil rakyat ini dipilih menjadi wakil rakyat, muncul pusat-pusat perjudian, hiburan dan pelacuran yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa supaya operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa khususnya di sekitar Lembah Klang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

Dalam pada itu, Kamal Affandi berkata, wakil rakyat sedemikian hanyalah pemimpin boneka yang dibayangi kumpulan kongsi gelap terbabit kerana perbelanjaan sewaktu berkempen ditaja dan diri mereka dilindungi kumpulan itu.

Jelas beliau, kumpulan kongsi gelap terbabit perlu dibanteras habis-habisan kerana ia turut menyumbang kepada jenayah perkauman, khususnya apabila mereka terlibat dalam pertubuhan atau komuniti tertentu.

Sehubungan itu, katanya, kebimbangan utama kini ialah apabila rakyat gagal menilai siapa pemimpin yang mereka pilih bagi membawa keamanan dan pembangunan setempat.

“Segelintir rakyat kini dilanda masalah iaitu gagal membuat telahan yang tepat untuk memilih pemimpin yang bersih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas fenomena kongsi gelap di Kuala Lumpur memberitahu, jenayah itu masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, kumpulan kongsi gelap di ibu negara tidak bergiat secara aktif dan pihaknya sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu.

Tegas beliau, jika kumpulan berkenaan dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Kita memang menyedari terdapat beberapa kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Read More...