02 Aug 2009 12:04PM
IA SATU KEJUTAN. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ia sesuatu yang beliau sendiri tidak duga. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz tiba-tiba muncul menyertai pimpinan UMNO Kelantan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu Sabtu.
Ini mengenangkan beberapa hari sebelumnya Mursyidul Am PAS itu membuat kenyataan terbuka ‘pergi jahanam UMNO’ ketika menjelaskan beliau hanya berminat nak merapatkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat dan bukan nak berbaik dengan UMNO.
Juga sehari sebelum itu yakni Jumaat, Nik Aziz memberitahu beliau akan membangkitkan isu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada satu mesyuarat mengenai Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Putrajaya pada Isnin ini.
Tiada siapa tahu kenapa tujuan beliau hadir di lapangan terbang itu. Kebiasaanya dari segi amalan protokal Menteri Besar hanya hadir bilamana Perdana Menteri datang untuk hadir sesuatu acara rasmi kerajaan di negeri itu.
Namun kedatangan Najib kali ini adalah untuk merasmikan majlis politik iaitu Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Bharu. Apapun kehadiran yang tidak dijadual itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz berbual selama 20 minit di lapangan terbang itu. / Agendadaily
sports
politik terkini, layannnn...
Ahad, 2 Ogos 2009
Tok guru 'suprise' Najib di Kota Bharu
akibat perhimpunan 'haram', rugi rm200 juta...
Kerugian RM200 juta akibat perhimpunan haram anti ISA
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.
“Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia “Merealisasikan Wawasan Negara” anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini.
Beliau berkata, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa semalam merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membelibelah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut Hari Raya Puasa yang akan disambut pada September ini. - Bernama
* Polis yang sepatutnya dipersalahkan...
Sabtu, 1 Ogos 2009
Gugurkan kes Saiful?
ISU perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari seakan menimbulkan ‘misteri’. Penangguhan demi penangguhan kes itu mencetuskan tanda tanya besar.
Cubaan pihak pembelaan yang mewakili Anwar asyik melewat-lewatkan perbicaraan kes sebenar atas pelbagai alasan, menimbulkan pertanyaan lebih besar – apa yang sebenarnya ditakutkan.
Apakah benar Anwar bimbang kerana pasukan pendakwaan mempunyai bukti lebih kukuh kali ini? Awang tidak pasti tetapi cakap-cakap mengenainya berlegar di kalangan pihak berkuasa dan guaman. Komen yang berlebihan dan semborono boleh dianggap subjudis. Dalam hal ini, Anwar juga tidak wajar mengambil pendekatan pre-emtif menggambarkan kepada dunia bahawa beliau tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi. Biarlah mahkamah membuat penentuannya. - Utusan
* Kesahihan Saiful diliwat menimbulkan keraguan berdasarkan laporan berbeza pegawai perubahatan. Pihak pendakwaan adalah yang memohon penangguhan menyerahkan bukti2 yang sebelum ini diarah mahkamah berbuat demikian.
remaja, pelajar antara yang ditahan
589 ditahan, 44 remaja, 27 pelajar
02 Aug 2009 1:28AM
KL: Seramai 589 orang termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara sehingga pukul 11 malam ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 549 lelaki dan 40 wanita yang akan disiasat di bawah Akta Polis 1967.
"Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun," katanya.
Mereka yang ditahan adalah antara sebahagian 10,000 penyokong GMI yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi tadi bagi menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bagaimanapun usaha GMI itu untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.
Sementara itu, polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai. /bernama, MK
Sayang... Malaysia Negara Polis
Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.
Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.
Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.
sumber: http://myzaidibrahim.wordpress.com
200 mungkin lebih, ditahan...
200 ditahan berhimpun secara haram(?????)
01/08/2009 5:22pm
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Beliau memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.
Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.
Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.
Jurucakap kumpulan itu Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata Pewaris hanya akan menghantar kira-kira 10 wakil untuk menyerahkan memorandum menyokong ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.
— BERNAMA
polis tembak gas pemedih mata
Polis tembak gas pemedih mata di depan ibupejabat PAS
4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.
3.38pm Timbalan Pengerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.
3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.
Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.
3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.
3.35pm Kira-kira 5,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.
3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.
3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis
3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.
3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.
3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.
3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.