BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Khamis, 6 Ogos 2009

perlawanan bolasepk umno vs pkr!

Bantahan perlawanan bolasepak Umno vs PKR
06 Aug 2009 4:54PM
Oleh Sahat Mohd Saleh

Salam hormat . Apa kena nih.....

PAS & DAP dah tiada pasukan bolasepak ke. Saya berharap batalkan sahaja perlawanan tersebut. Umno bukan sahaja ideologi bertentangan, malah musuh paling hina. bagaimana pihak tuan menganjurkan perlawanan tersebut sedangkan setiap hari Umno mengeji PKR. Adakah terpikir oleh saudara ia ideologi politik sedangkankan mereka melebelkan kita lebih hina dari Kominis.

Adakah saudara AMK PJU berfikir kearah itu. Atau saya yang tersilap membaca Utusan malaysia dan menonton berita TV3. Jika berminat berbaik dengan Umno.... anjur majlis berbuka puasa nanti dengan mereka.

Read More...

Rabu, 5 Ogos 2009

ASTRO melampau...

Kenaikan caj ASTRO melampau-NGO
05 Aug 2009 5:59PM

KL: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan.

“ Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata bagi penggemar rancangan sukan pula mereka tiada pilihan lain untuk menyaksikan program sukan di peringkat antarabangsa dengan cepat melainkan dengan melanggan pakej sukan di Astro.

Untuk itu, Dr Maamor mencadangkan supaya stesyen televisyen kerajaan menyiarkan lebih banyak rancangan sukan di peringkat antarabangsa supaya masyarakat tidak terlalu bergantung kepada Astro.

Read More...

Selasa, 4 Ogos 2009

Ayu Wanita Melayu, Nurul Izzah...



Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu
04 Aug 2009 8:17PM
Oleh Wartawan klpos.com

BEBERAPA tahun lalu saya pernah menulis begini, "Apabila menatap wajahnya kita akan tertanya-tanya, bahagian manakah warisan emaknya dan sudut mana milik ayahnya. Kedua-dua aspek bergabung secara simeteris dan gabungan seimbang sehingga melahirkan keindahan baru. Inilah yang menjadikan Nurul Izzah sebagai ikon untuk generasinya,".

Ketika itu, April 2003, saya baru tiga tahun bergelar wartawan dan berkerja di bawah seliaan Khalid Jaafar di majalah Siasah.

Dan untuk isu majalah bulanan itu, kami memilih Izzah - begitu ia dipanggil, sebagai cover, dengan tajuk "Puteri di persimpangan jalan'.

Ada cerita mengapa Khalid menyuruh saya mencari Izzah waktu itu, saya ingat dengan jelas, ia merupakan minggu-minggu akhir sebelum Si Puteri dilamar jejaka kacak pilihannya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Sejak itu, saya jarang bertemunya, ada sekali dua di majlis, sekadar bertegur sapa. Saya lebih kerap menemui ayah mentuanya, yang merupakan tetangga, dan sering saya lihat beriadah di taman serta ke masjid di kejiranan kami.

Nama Izzah membesar bersama gelombang reformasi selepas ayahnya, Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998. Wajahnya muncul di TV kabel CNN dan BBC selepas berjaya menemui Presiden Filipina, Estrada minggu kedua ayahnya ditangkap dan dipenjara.

Footage itu diputar berulang kali sehingga tertacap kemas di fikiran ramai, bahawa inilah puteri sulung Anwar Ibrahim, berkelana mencari sokongan untuk sang ayah yang dizalimi.

Namanya melonjak, naik mendadak, ketika itu usianya baru 18 tahun.

Rancak bercakap politik

Ketika klpos.com menemuinya baru-baru ini, kami bertanyakan pada beliau perbezaan perjuangan ketika itu dan kini, sewaktu badai melanda parti yang didokongi ayah dan ibunya, ramai yang dulu menyokong kini menentang, kes-kes keluar parti dan lain-lain.

Izzah tenang menjawab, katanya, "Saya akui setiap fasa perjuangan punya kompleksiti yang tersendiri, kini saya melihatnya dengan lebih jelas, mungkin sentimen rakyat tidak begitu memihak sekarang ini, tapi itulah cabarannya.

"Kini kami berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan rakyat faham bahawa perjuangan PKR tidak terhenti dengan pembebasan Anwar Ibrahim, Anwar hanya simbol, perjuangan sebenar adalah menegakkan keadilan itu sendiri di negara ini." katanya.

Meminati Wilfred Owen, penyair Inggeris yang menjadi korban di hari-hari terakhir perang dunia pertama pada usia muda, Izzah rancak apabila diajak berbual persoalan politik ketimbang hal peribadi.

Ada keyakinan dalam setiap patah perkataan yang diluahkannya, dan keyakinan itu tidak pula kita dengar seperti meninggi diri.

"Saya melihat politik yang PKR perjuangkan adalah politik masa depan. Ia merupakan cita-cita besar rakyat yang berfikir luar dari kotak perkauman. Kita semua, saya percaya, mahu hidup harmoni dalam sebuah masyarakat majmuk.

"Apabila kita menolong orang miskin, kita menolong kerana ia miskin, bukan kerana ia Melayu, Cina atau India, apabila kita bangun membela orang yang dizalimi, kita lakukan bukan kerana dia Islam, Buddha atau Hindu, kita bangun menentang kerana kita masyarakat yang bertamadun dan menentang kezaliman terhadap sesama insan," katanya.

Di dewasakan pengalaman

Saya kira kegetiran yang menimpa keluarganya, dan atas kedudukan beliau sebagai anak sulung banyak membantu proses pendewasaan Izzah dalam politik dan pergaulan seharian.

Sukar rasanya mencari, wanita berusia 27 tahun di Malaysia yang sudah menghadam novel tebal War and Peace karya sasterawan terkenal Rusia, Leo Tolstoy.

Biarpun sudah bertahun membaca War and Peace, Izzah bahkan boleh mencerita kembali.

"Saya rasa orang Rusia amat kaya dengan cara ia menggambarkan, baca sahaja kisah Prince Andre sedang parah dalam satu peperangan bagaimana ia melihat awan pada langit yang biru, dalam bab itu sahaja Tolstoy menulis dengan begitu cantik, halus sehingga kita dapat membayangkan apa yang dilihatnya."

Minatnya beragam dari politik, sastera hingga kepada musik. Beliau pandai bermain piano dan gitar. Dan juga peminat setia kumpulan Radiohead dari Britian, semua album kumpulan alternatif itu ada dalam simpanannya.

Bekas pelajar aliran sains Sekolah Menengah Assunta Petaling Jaya ini juga pernah berlakon, ketika di sekolah gurunya memilih Izzah memegang watak Lady of Shalott dalam pementasan puisi Alfred Lord Tennyson.

Selepas bergelar isteri pada Mei 2003, dan ayahnya bebas pada September 2004, Izzah menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti John Hopkins, beliau mengambil bidang pengajian antarabangsa dengan pengkhususan kajian Asia Tenggara.

Sebelum itu Izzah merupakan pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas sebelum bertukar ke Universiti Tenaga Nasional selepas ayahnya dipecat.

Di sebalik apa yang terjadi kepada keluarganya, Izzah merupakan antara pelajar terbaik di Uniten ketika tamat belajar.

Jelas, beliau punya cita-cita politik. Ketika ditanya apakah beliau akan menggantikan ayahnya suatu hari nanti, Izzah terdiam seketika, beliau seperti memilih perkataan, lalu katanya.

"Tidak penting sama ada saya atau orang lain yang gantikan ayah, apa yang penting adalah kesinambungan perjuangan membela rakyat tertindas, melakukan perubahan sedaya upaya, dan memuliakan insan.

"Pada saya bukan individu yang penting sebaliknya institusi perjuangan itu sendiri. Individu datang dan pergi, perjuangan yang benar akan bertahan selama-lamanya," katanya hemat.

Rasa rendah diri dan keyakinan berbaur sama rata dari kenyataannya itu.

Saya memilih untuk tidak bertanya lanjut tentang pandangan politiknya, kerana saya dapat rasakan, soalan-soalan begitu merupakan 'makanannya'.

Kisah kenduri kawin

Sengaja saya tanyakan beliau tentang pengalaman belajar di luar negara, soalan yang tidak penting bagi seorang ahli politik muda penuh semangat seperti Izzah, namun dia tenang menjawab.

Kata Izzah beliau bersyukur kerana ditemani suami tercinta.

Ini ketika belajar beliau tidak mempunyai banyak masa. "Saya perlu habiskan pengajian setahun setengah dalam masa setahun sahaja, bayangkan!".

Ceritanya lagi, beliau bertuah kerana suaminya seorang penyabar, "Kami serasi, selalunya pendapat dia dan saya tidak sama, tetapi bila fikir balik, oh rupanya kami saling melengkapi."

Suaminya Raja Shahrir bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dan berkelulusan kejuruteraan dari Universiti Cambridge.

Semasa temubual ini dibuat, Raja Shahrir ada tetapi tidak ikut serta. Beliau leka dengan laptopnya, adakalanya dahi dikerutkan, seperti menyiapkan sesuatu yang besar. Gerun juga saya mahu menegurnya ketika itu.

Menurut cerita seorang rakan, Izzah mengenali Raja Shahrir ketika kedua-duanya menganggotai Unit Pendidikan Politik satu biro di bawah kumpulan pemikir yang dikaitkan dengan ayahnya Institut Kajian Dasar (IKD).

Majlis perkahwinan mereka dibuat secara sederhana tapi meriah. Masih jelas pada ingatan saya bagaimana ketatnya kawalan ketika pihak penjara membawa pulang Anwar untuk mewalikan pernikahan Izzah.

Hanya sebentar, ketika kenduri kawin Izzah, Anwar tiada, ramai VVIP datang termasuk Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican, Datuk Seri Nazri Aziz bahkan kata orang Robert Kuok mewakilkan pada isterinya untuk ke kenduri Izzah dan Shahrir.

Sultan Terengganu yang kini jadi Agung pun ada. Orang politik dan rakyat jelata jangan cakaplah. Berduyun-duyun. Terasa meriahnya sehingga kini.

Selepas empat tahun kawin, sudahkah Izzah pandai memasak? Dia ketawa bila ditanya soalan itu, jelas Izzah, "Untuk suami saya selalu masak nasi briyani dan ada kalanya masakan Perancis, Souffle, sejenis puding. Asal sedap dia tidak memilih sangat."

Kini Izzah perlu banyak berehat. Insyallah tidak lama lagi Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan dapat cucu pertama. Sejak mengandung anak sulung, Izzah setiap hari mengamalkan bacaan suruh Lukman,

Kata Izzah, ibu mertuanya yang petuakan demikian dan apabila masa terluang beliau baca juga Surah Yassin dan suruh Yusuf.

Read More...

"peserta demo diupah"

Peserta demo diupah?

PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.

''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing.

Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang. - Utusan

Read More...

Isnin, 3 Ogos 2009

anak murid perlukan cikgu...

Pemuda cadang Cikgu Zaidi calon BN
Ogos 3, 2009

Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, seorang guru, adalah antara calon pilihan untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, kata exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

"Saya mencadangkan kepada Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) supaya menyerahkan nama Cikgu Zaidi kepada (Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Cikgu Zaidi berkemampuan (untuk menjadi calon)," kata Nazir Hussin ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, walaupun calon Umno belum diputuskan lagi tetapi Mohd Zaidi adalah antara calon yang disebut-sebut akan mewakili BN.

Nazir berkata ini kerana, Mohd Zaidi seorang anak tempatan dan sudah dua penggal menyandang jawatan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh.

"Ahli Umno akan bersatu, kalau beliau jadi calon. Orang muda di Permatang Pasir rapat dengan dia," katanya.

Umno Permatang Pasir lebih 20 cawangan Pemuda Umno.

Read More...

ada ade aje...

Kerajaan mungkin pohon isytihar darurat dari Agong
03 Aug 2009 11:43AM

BALING: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.

"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan penyokong Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengingkari larangan polis apabila meneruskan perhimpunan haram di ibu negara semalam.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan memang berhasrat meminda ISA tetapi tidak akan menghapuskan akta itu sama sekali.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mahu sesuaikan akta tersebut dengan keadaan zaman untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

Beliau turut mengibaratkan kumpulan menyertai perhimpunan haram itu 'kuda tunggangan' pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, kumpulan itu mahu mencontohi penunjuk perasaan di negara tertentu yang menggunakan tunjuk perasaan di jalanan sebagai cara bantahan.

Menurutnya, pihak tersebut juga menuntut akta tersebut dihapuskan kerana mereka takut dengan undang-undang itu. / Utusan

Read More...

apekejadahnya buat kat stadium...

Tempik sampai subuh - Najib
03 Aug 2009 11:37AM

MUAR: “Di Selangor ada stadium yang dikuasai kerajaan negeri mereka... bertempiklah sampai subuh tapi jangan kacau jalan dan lalu lintas orang ramai.”

Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai demonstrasi jalanan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara semalam.

Najib berharap, tidak ada lagi demonstrasi seperti itu yang memberi masalah kepada rakyat.

“Pihak berkuasa khususnya, Polis Diraja Malaysia mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam, ini amat penting. Jadi, kita tidak mahu apa yang berlaku seperti semalam berterusan.

“Kalau hendak berkumpul, kita boleh sediakan tempat tertentu mereka boleh berkumpul tetapi demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut berterusan dan pihak berkuasa boleh ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, di sini hari ini.

Ditanya sama ada terdapat pemimpin pembangkang akan ditahan berikutan demonstrasi semalam, Perdana Menteri menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, kita tak nak jadikan ini sebagai bahan politik mereka, seolah-olah kerajaan ini kejam, seolah-olah kerajaan ini tidak adil, tidak demokratik dan undang-undang kita ‘draconian’.

“Perkara ini kita mesti beri penjelasan jelas kepada rakyat. Apa-apa tindakan kerajaan mesti dapat diterima rakyat, barulah penguatkuasaan undang-undang di negara kita berkesan,” katanya.

Pada demonstrasi di ibu kota sabtu lepas, lebih 500 orang ditahan polis. / Utusan

Read More...