BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Khamis, 17 September 2009

tanjung putri vs sri menanti

Kalau zaman dahulu kala apabila dua kerajaan beraja berperang, maka akan tergadailah mana negeri yang kalah.

Rupanya zaman sekarang pun, zaman Danga Bay berkembang maju, zaman Jambatan Bengkok yang tak jadi dan zaman Bukit Putus yang dah bersambung pun masih ada dua kerabat ber'perang'?

Negeri mana pulak yang nak tergadai ni?

Pulau Temasek mesti gelak besar dengar hikayat ini. [mSTAR]

Read More...

Rabu, 16 September 2009

DAP: Umno yang sesatkan Melayu

Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit.

"Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat," tambahnya.

SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut.

Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.

Pemimpin Umno itu dipetik berkata tindakan mereka juga satu kesilapan besar kerana perjuangan DAP tidak langsung membela Melayu dan perkembangan Islam, malah turut menyamaratakan semua kaum, sekali gus menguburkan terus hak istimewa orang Melayu.

Dihubungi hari ini, Ahmad menambah, perjuangan DAP bertujuan mewujudkan bangsa Malaysia dan ia bertepatan dengan isi al-Quran yang mahu manusia yang berbilang kaum saling berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

"DAP dilihat sebagai parti Cina sebab kaum Cina ramai masuk, tidak ramai ramai orang Melayu masuk. Cuba orang Melayu ramai masuk, jadi parti orang Melayulah," katanya.

Sementara itu, penyelaras Unit Penyelidikan DAP Wan Hamidi Hamid menyifatkan kenyataan pemimpin Umno itu "kurang cerdik" dan "agak menyedihkan" bagi seseorang yang berjawatan tinggi dalam parti.

"Nampak sentimen perkauman agak kuat," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, sejak DAP ditubuhkan lebih 40 tahun lalu, terdapat pemimpin Melayu yang pernah bertanding atas tiket parti itu, antaranya, allahyarham Ahmad Noor.

"Kenapa (Umno) tidak tegur (beliau) masuk DAP sebagai sesat?" kata Wan Hamidi, pengarang buku Lim Guan Eng: Dari Penjara ke Tampuk Kuasa.

Read More...

Isnin, 14 September 2009

Reds announce record-breaking sponsorship deal

Liverpool have announced the "largest ever commercial deal" in the history of the club with Standard Chartered Bank sealing a four-year sponsorship deal.

It is reported that the agreement is worth in the region of £80m and the announcement signals the end of Liverpool's lengthy association with Carlsberg, who have been the club's shirt sponsors since 1992.

Standard Chartered will become the club's primary sponsor from July next year and the deal, confirmed by managing director Christian Purslow, will run until the end of the 2013-14 season.

"The sponsorship opportunity attracted a huge level of interest from a wide array of globally recognised brands," Purslow told the club's official website.

"It is a real sign of the progress we have made at Liverpool that we have been able to secure the largest ever commercial deal in our history."

News of the new sponsorship deal comes just three days after co-owner George Gillett claimed the club are in a stronger economic position than at any other time in their history.

Plans for a new 60,000-seater stadium at Stanley Park have been delayed due to the global financial climate but Purslow has hinted that Monday's news could reinvigorate the project.

"The overall financial health of our football club is a key ingredient of being able to get the stadium project back up and running," Purslow said.

"This is a huge step forward for the club financially and that can only be helpful to create the conditions in which we can restart the stadium project.''

Read More...

Selasa, 1 September 2009

1MALAYSIA - rakyat di belakangkan, duit di utamakan

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," - Salahudin Ayub


gambar sumber : gomalaysian

Read More...

ROsmah + Najib = RON

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady.

Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium.

Read More...