BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Sabtu, 1 Ogos 2009

remaja, pelajar antara yang ditahan

589 ditahan, 44 remaja, 27 pelajar

02 Aug 2009 1:28AM
KL: Seramai 589 orang termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara sehingga pukul 11 malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 549 lelaki dan 40 wanita yang akan disiasat di bawah Akta Polis 1967.

"Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun," katanya.

Mereka yang ditahan adalah antara sebahagian 10,000 penyokong GMI yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi tadi bagi menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bagaimanapun usaha GMI itu untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.

Sementara itu, polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai. /bernama, MK

0 ulasan: