BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Selasa, 25 Ogos 2009

Keputusan bukti rakyat tolak BN: Anwar

SHAH ALAM - Ketua umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan rakyat kini secara jelas menolak Barisan nasional (BN).

Katanya, kemenangan PR di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam membuktikan perkara itu.

"Setelah berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan BN yang memecahbelahkan rakyat.

"Tahniah saya ucapkan kepada 'YB' baru Salleh Man di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat," kata beliau dalam kenyataan yang dihantar ke SInar Harian semalam sejurus pengumuman rasmi pilihan raya kecil berkenaan.

Tambah beliau, kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap PR, hasrat bergelora mahukan perubahan dan masa depan yang gemilang.

Calon Pas, Salleh Man, menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti undi sebanyak 4551 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh undi sebanyak 9618 manakala Rohaizat memperoleh undi sebanyak 5067.

Kira-kira14,832 bersamaan 73.1 peratus dari 20,290 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil berkenaan sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang semalam. - Sinar Harian

* Rakyat tolak pengkhianat bangsa yang sebenar.

0 ulasan: