BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Isnin, 3 Ogos 2009

ada ade aje...

Kerajaan mungkin pohon isytihar darurat dari Agong
03 Aug 2009 11:43AM

BALING: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.

"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan penyokong Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengingkari larangan polis apabila meneruskan perhimpunan haram di ibu negara semalam.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan memang berhasrat meminda ISA tetapi tidak akan menghapuskan akta itu sama sekali.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mahu sesuaikan akta tersebut dengan keadaan zaman untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

Beliau turut mengibaratkan kumpulan menyertai perhimpunan haram itu 'kuda tunggangan' pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, kumpulan itu mahu mencontohi penunjuk perasaan di negara tertentu yang menggunakan tunjuk perasaan di jalanan sebagai cara bantahan.

Menurutnya, pihak tersebut juga menuntut akta tersebut dihapuskan kerana mereka takut dengan undang-undang itu. / Utusan

0 ulasan: