BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sports

hiburan bisobona sensasi

politik terkini, layannnn...

Ahad, 28 Jun 2009

Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos ini

KENYATAAN AKHBAR
HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009

1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.

2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.

3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.

4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.

5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:


a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting - Kem 'Guantanamo' Malaysia

6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato' Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.

7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.

8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.

9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.

10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun�"climate of fear"�"under siege mentality"� sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.

12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.

13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.

15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta � Kem Guantanamo Malaysia!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

ehsan: harakahDaily

Read More...

Mitos perpecahan Melayu

APABILA banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.

Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.

Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.

Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya

Read More...

Jumaat, 26 Jun 2009

siapa hina raja, LU PIKIRLA SENDIRI...



Semenjak bermula episod itu, hati ku mula berkata-kata. Pada mulanya mungkin ade kebaikan dan kebenaran di atas tindakan tersebut demi untuk rakyat, akhirnya LU PIKIRLA SENDIRI... Sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan tentang isu ini, tapi masalah rakyat dan masalah raja di selesaikan oleh bn dengan acuan sendiri. Secara logiknya untuk penyelesaian yang berjaya untuk memenangi hati semua biarlah ianya dilakukan dengan telus, yakni dengan rakyat sendiri atau dengan kuasa raja jadi LU PIKIRLA SENDIRI... Dengan itu bukalah minda, tenangkan hati, fikirlah sebaik-baiknya demi masa hadapan bersama. Bukan saya seorang untuk merubahkan pembaca semua, tapi dengan keikhlasan yang ada dalam sanubari masing-masing insyaallah... Sedangkan Michael jackson pun boleh menjadi Mikaeel LU PIKIRLA SENDIRI... al-fatihah

Read More...

Khamis, 25 Jun 2009

APA LAGI MASALAH KO NI SAIFUL WOII....


AKU naik heran pulak dengan si Saiful yg beriya-iya suruh orang percaya bahawa dia memang kena liwat tu. Dalam blog dia, dia susah hati dan heran kenapa Anwar boleh bebas keluar negara sesuka hati. Apa, dia ingat Anwar tu cam dia ke? Berkurung je tak campur orang. Biasalah, Anwar tu boleh ke sana ke mari pasal ramai orang suka kat dia. Yang ko tu Saiful, duduk macam kera sumbang apsal? Takut jumpa orang? Malu ?

Kalau dah malu nak jumpa orang, jangan jeles dan susah hati kalau Anwar boleh ke mana-mana dia suka. Bukan jadi salah pun. Ko ingat Anwar tu bila ko dah tuduh dia macam2, dia mesti malu dan mengurung diri dalam bilik macam `nyah'? Malu apanyer kalau tak buat salah. Selalu yg malu tu orang yg buat salah....Aku tak kata ko salah Saiful...tapi janganlah memencilkan diri sangat...tapi, kalau ko salah pun apa aku nak heran...

Apa kata ko pun ikut macam Anwar, pergi ke mana2 ko suka...pergi buat ceramah ke macam Umi Hafilda dulu tu...mesti ramai peminat ko nanti. Jadi, janganlah sakit hati, dengki, jeles kat Anwar tu. Dia boleh ke mana2 je dia suka pasal dalam dunia ni takde orang yg tak terima dia. Engkau tu aku tak tahulah. Nanti kita sembang lagi yer wahai Saifulll...awwwwwww...

Read More...

Selasa, 23 Jun 2009

Pegawai Penyiasat Kes Anwar Dedah Beliau Kini Jadi Mangsa Konspirasi Pula

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu.


Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. "Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya.

Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara HeightsBandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92./Sumber : TV Antara

Read More...

Ahad, 21 Jun 2009

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Dari Malaysia kini
Oleh S Pathmawathy
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.
Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.
Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.
Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.
Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).
Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.
Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya

Read More...

Konspirasi 1998 Berulang ?



Dari TVantara
Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi.
Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.
Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.
Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.
Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.
Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis. Selanjutnya…

Read More...

Selasa, 16 Jun 2009

Tazkirah Jumaat: Peluang bertaubat diberi berkali-kali

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?

Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.

Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!

Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.

Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.

Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.

Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."

Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi.
ehsan: harakahdaily

Read More...

Isnin, 15 Jun 2009

CHIN PENG JANGAN BALIK, BIAR KITA YANG PERGI SANA

Isu Chin Peng haru biru:
Polis beli senjata komunis

oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.
Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat. Pastinya esok media UMNO/BN akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.

Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu UMNO/BN. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam. / WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA) at Tuesday, June 16, 2009

Read More...

Ahad, 14 Jun 2009

民联州议员赴国会见证宣誓


nizar jamaluddin win court case at duta court house 110509 03明日不但是纳吉第一次坐在下议院的首相席位上,同时也是在今年4月7日中选为武吉干当国会议员的原任霹雳州务大臣尼查,宣誓就职的重要日子。

据悉,所有民联霹雳州议员明日将齐齐赶赴国会,以便见证尼查的宣誓就职仪式。

近期来风头甚健的尼查,预料肯定不会放过人在国会下议院的良机,提出国阵夺取霹雳州政权的问题。

安华质问警方滥权擅闯议会


身为国会反对党领袖的安华,也将向内政部长希山慕丁提出质问,警方是否在任何法律条文下授予权利,在507霹雳州议会举行期间,擅闯议会厅和强行拖走正在执行任务的议长西华古玛。

安华这项提问,被安排在明早10点开始的问答环节中的第二道问题。

ehsan: m'siakini

Read More...

jangan bimbang... kata presiden pkr

Ini kerana, menurut Datuk Seri Wan Azizah Ismail, cadangan pindaan perlembagaan PKR hari ini telah menimbulkan kegusaran di kalangan penyokong parti itu yang bimbang ia "dirampas kumpulan lawan dan pihak oportunis".LAGI

ehsan: m'siakini

Read More...

Selasa, 9 Jun 2009


 
  
 

AKHBAR Suara Keadilan mula diterbitkan sejak Mei 2005. Walau pun berulang kali dipohon, tetapi 
akhbar ini terus dinafi hak untuk mendapat permit selama tiga tahun. Dalam masa sama, akhbar ini 
terus dirampas di kedai-kedai, manakala pengedar dan pencetak terus menerima ugutan dari pihak 
kerajaan melalui KDN.

Permit dilulus pada April tahun lepas, namun rampasan dan ugutan terus dilakukan oleh KDN. 
Apabila permit penerbitan Suara Keadilan digantung 23 Mac lepas, kami sentiasa konsisten 
menyatakan itu adalah satu tindakan bermotif politik kerana tiada alasan diberi mengenai 
penggantungan itu.

Sehubungan itu, pengumuman Perdana Menteri semalam untuk menarik balik penggantungan permit 
Suara Keadilan boleh disifatkan sebagai tindakan politik kerana ia tidak disertai dengan iltizam dan 
kesungguhan.

Kita mendesak Perdana Menteri menjamin kebebasan akhbar dengan menghapus Akta Mesin Cetak & 
Penerbitan 1984, yang antara lain menghendaki penerbit memperbaharui permit setiap tahun dan 
memperuntukkan keputusan menteri tidak boleh dicabar di mahkamah. 
  
 

ehsan-Jabatan Editorial Suara Keadilan 

Read More...

Isnin, 8 Jun 2009


Lagu Parti

Lagu dan senikata dicipta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum oleh koir seramai 120 orang pemuda semasa Pelancaran Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

Arus Perjuangan Bangsa

Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia

(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)

Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia

Read More...